1511

Merdeka Day Image 1

Pada tahun 1511, Melaka jatuh ke tangan Portugis dan bermula dari tahun inilah Tanah Melayu berada dalam era penjajahan di mana Belanda menakluki Tanah Melayu pada tahun 1641 sebelum British mengambil alih pada tahun 1824.
Photo source: about-history.com/portuguese-and-dutch-colonization-of-malacca/

1941-1945

Merdeka Day Image 2

Kemudian, Jepun menakluk Tanah Melayu pada tahun 1941 dan menduduki Tanah Melayu sehingga tahun 1945, setelah menyerah kalah ekoran pengeboman bom atom ke atas Hiroshima dan Nagasaki.
Photo source: The National Archives of Malaysia 1999/0000423g1

1946

Merdeka Day Image 3

British kembali ke Tanah Melayu pada tahun 1946. Pada 1 April 1946, British menubuhkan Malayan Union tetapi gagasan ini mendapat tentangan hebat daripada orang Melayu kerana ia menghapuskan institusi diraja dan hak keistimewaan orang-orang Melayu.
Photo source: British Government, Public domain, via Wikimedia Commons

1952

Merdeka Day Image 4

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah menaikkan semangat perjuangan penduduk Tanah Melayu untuk mendapat kemerdekaan dengan pembentukan Parti Perikatan (UMNO dan MCA) pada 1952. Ini merupakan detik permulaan pihak British menyedari kemungkinan besar penduduk Tanah Melayu boleh mentadbir negara mereka sendiri.
Photo source: Screenshot from Road to Nationhood Documentary produced by Rack Focus Films in association with the New Straits Times Press.

1955

Merdeka Day Image 5

Kemungkinan ini menjadi kenyataan pada tahun 1955 apabila Parti Perikatan yang kini juga melibatkan MIC menang besar dalam pilihanraya 1955. Ini membawa kepada kejayaan Perjanjian London yang ditandatangani pada 8 Februari 1956, sekaligus memberi petanda bahawa Persekutuan Tanah Melayu akan merdeka pada 31 Ogos 1957.
Photo source: Arkib Negara Malaysia

1957

Merdeka Day Image 1957

Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu melaungkan ‘Merdeka' sebanyak 7 kali di Upacara Pemasyhuran Kemerdekaan negara. Upacara bersejarah ini turut disaksikan oleh ribuan rakyat yang membanjiri Stadium Merdeka, pada 31 Ogos 1957.
Photo source: News Straits Times

1963

Merdeka Day Image 7

Perjanjian Malaysia telah ditandatangani pada 9 Julai 1963. Menerusinya, Sarawak, Sabah dan Singapura membentuk negara baharu dengan Tanah Melayu berkuatkuasa 16 September 1963.
Photo source: Compilation reference from the publication, Expressions of Merdeka Malaysia by Abdul Mutalib Razak, Original photo: NSTP (RCHC), Newsclippings: Utusan Melayu, 16 September 1963